Header Ads

Zahid sahkan Umno usaha rundingan untuk bentuk kerajaan termasuk dengan HARAPAN, PAS

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - Foto Malaysiakini

KUALA LUMPUR, 15 Sept ― Presiden Umno mengesahkan semua wakil rakyat menandatangan akaun bersumpah untuk kerjasama dengan parti lain.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata akuan itu membolehkan beliau berbincang bagi membentuk kerajaan persekutuan sekali lagi.

Loading...


“Semua mereka,” katanya kepada Malay Mail apabila ditanya berapa ramai daripada lebih 50 ahli parlimen parti itu menyokong usaha tersebut.

Kelmarin Datuk Seri Nazri Aziz menggesa Umno tidak mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Port Dickson agar tidak menjejaskan kerjasama dengan PKR.

Zahid bagaimanapun enggan menjelaskan parti yang menjadi rakan kerjasama Umno dengan menyebut “pintu sentiasa terbuka” buat parti itu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menegaskan Pakatan Harapan tidak akan menerima atau menyokong usaha Umno menyertai kerajaannya.

Beliau juga berkata ahli-ahli Umno boleh menyertai satu parti dalam gabungan empat parti itu jika mereka meninggalkan parti mereka.

No comments

Loading...