Header Ads

Tun Mahathir dengar taklimat perkembangan terbaharu Lotus


LONDON - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diberi taklimat tentang rancangan masa depan syarikat Group Lotus yang mengeluarkan antara kereta sports dan kereta lumba  termahal dalam sesi tertutup di sini pada Ahad.

Taklimat disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus Feng Qingfeng, yang juga Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi Geely Auto Group.

Semasa taklimat, Mahathir dipercayai berpeluang mengintai model tiruan Lotus terbaharu.

Loading...

Pengeluar kereta China Zhejiang Geely Holding Group (Geely) telah membeli 49.9% saham Proton Holdings Bhd. Malaysia dan 51% saham Lotus United Kingdom yang kedua-duanya dimiliki oleh konglomerat Malaysia DRB-Hicom tahun lepas (2017).

Mahathir adalah bekas Pengerusi Group Lotus dan Proton Holdings.

Turut menghadiri taklimat taikun Malaysia Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Ketua Pegawai Eksekutrif DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Sejurus tiba di hotel di mana taklimat dijadual berlangsung, Mahathir juga melihat teksi elektrik baharu London yang dimiliki Geely.

Mahathir tiba di London hampir tengah malam tadi (Sabtu) untuk meneruskan bahagian kedua lawatannya ke United Kingdom. - Bernama

No comments

Loading...