Header Ads

Tun M: 'Melayu perlu akui kesilapan diri, bukan hanya tuding jari'


Sudah tiba masanya untuk orang Melayu belajar mengakui kesilapan agar dapat memulakan usaha membaiki diri sendiri, kata Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri membangkitkan persoalan mengapa Dasar Ekonomi Baru (NEP) yang bertujuan merapatkan jurang ekonomi orang Melayu dengan kaum lain, tidak mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.

"Mirip kita untuk menuduh orang lain, mirip kita untuk menuduh kerajaan, kaum lain dan pelbagai lagi. Mereka semua salah apabila kita gagal. Kita tidak pernah salah.

"Saya berpendapat jika kita soal diri kita dan jika kita dapati ada kesalahan yang dilakukan oleh kita (sendiri), lebih mudah untuk kita betulkan diri, daripada meminta orang lain betulkan diri mereka untuk kita mendapat nikmat.

Loading...


"Jika kita dapat mengaku kita yang bersalah, maka perlu kita betulkan kesalahan itu," katanya ketuka berucap dalam majlis sambutan ulang tahun kedua BERSATU semalam.

Acara yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam itu dihadiri kira-kira 3,000 anggota parti itu.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata antara kesilapan orang Melayu adalah tidak mengambil berat tanggungjawab serta tidak bekerja sekeras orang lain.

"Kita sering kurang meneliti sebelum membuat keputusan dan bertindak. Kita kurang kuasai ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik.

"Kita janji tetapi dengan mudah mungkir janji. Kita tidak segan-segan mengambil barangan atau duit yang bukan milik kita."

Katanya lagi, orang Melayu pantas menuntut hak mereka dan mahukan gaji yang tinggi, tetapi pada masa sama sering memberikan alasan untuk mengelak kerja, menyebabkan pelabur kurang suka mengambil mereka bekerja.



Beliau juga membangkitkan sikap liat membayar hutang seperti yang berlaku kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN), lapor Malaysiakini lagi.

Malah reputasi itu tidak membangkitkan rasa malu kepada orang Melayu, katanya.

Katanya lagi, sikap itu turut terlihat dalam hasil kerja dan kualiti barangan yang dikeluarkan orang Melayu.

"Apabila ditunjuk hasil kerja kita tidak sebaik hasil kerja orang lain, tanpa segan silu kita hanya berkata itu bangsa lain. Kita sudah akui kita memang begitu. Maka merosotlah kita," katanya lagi.

Beliau berkata seseorang yang mahu berjaya memerlukan hanya tiga nilai, iaitu rajin, beramanah dan mempunyai sikap malu.

"Dengan tiga ini sahaja pun kita boleh berjaya, kita boleh bersaing dengan orang lain dan menang dalam persaingan kita. Cubalah," katanya lagi.

Walaupun ia mungkin dilihat sebagai perkara kecil oleh sesetengah orang, katanya, ia memberi persepsi buruk kepada orang Melayu jika dilihat secara keseluruhan.

No comments

Loading...