Header Ads

Tumbuk cermin kereta TPM, pemandu van didenda RM1,000


Pemandu van yang menumbuk cermin kenderaan timbalan perdana menteri di Jalan Tun Razak di sini hingga retak kelmarin diarah membayar RM1,000.

Ketua polis daerah Wangsa Maju berkata lelaki yang dituduh di Mahkamah Majistret di sini membayar denda itu semalam, lapor Berita Harian.


Loading...

“OKT [orang kena tuduh] sudah bayar denda RM1,000. Dia dituduh di kompleks mahkamah berkenaan, tidak direman,” kata Supt Noor Azmi Yusoff.

Dalam insiden 3.30 petang, Toyota Alphard dipandu pemandu peribadi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlanggar dengan kenderaan lelaki itu.

Insiden berlaku di simpang keluar dekat Bangunan Intermark, mencetuskan rasa tidak puas hati lelaki tersebut sebelum bertindak menumbuk cermin van itu.

No comments

Loading...