Header Ads

Tujuh tahun bercinta, 12 jam berkahwin dan berpisah selamanya


TUJUH tahun bercinta, 12 jam berkahwin dan berpisah selamanya.

Danny Emsley, 37, meninggal dunia di katil selepas berkahwin dengan pasanganya, Clare.

Selepas majlis perkahwinan mereka si sebuah hotel, Emsley kembali ke biliknya untuk berehat.

Loading...


Namun isterinya Clare masih bersama melayan tetamu dan kembali ke bilik untuk melihat suaminya yang sedang tidur.

Dia kembali ke ruang tetamu dan sejam kemudian masuk ke bilik semula bersama ibunya bagi membantu mengemas pakainan pengantin.

Selepas selesai, ibunya meninggalkan bilik mereka. Namun Clare menyedari bahawa suami sudah tidak bernafas lagi dan seterusnya  menjerit meminta pertolongan, lapor The Sun.

"Mereka cuba menghubungi 999 dan cuba melakukan bantuan pernafasan, namun sudah terlambat," jelas salah seorang kawan pasangan itu kepada akhbar itu.

"Jumaat adalah hari paling hebat dalam hidup saya, kami berkahwin dengan seorang lelaki paling baik, kelakar, jujur dan terbaik yang pernah saya temui.

"Hari yang sempurna buat kami, dikeleilingi keluarga, kawan-kawan dengan penuh kasih sayang dan gelak tawa.

"Namun penghujung hari, ia menjadi kejam apabila Danny dirampas dari saya.

"Lubang di hati saya ini tidak akan dapat ditukar ganti," ujar Clare di laman Facebooknya. - mStar Online.

No comments

Loading...