Header Ads

Tolak Dr Mahathir, rakyat Kelantan memang pandai, kata wakil PAS


KUALA LUMPUR — Wakil rakyat PAS bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memuji kepandaian rakyat Kelantan.

Ahmad Fadhli Shaari berkata kepandaian itu terbukti apabila tidak memilih parti yang dipimpin perdana menteri, lapor Projek MM.

“Termasuk 1990, sebanyak tiga kali pilihan raya umum rakyat Kelantan telah menolak Dr Mahathir sehinggalah beliau berundur pada 2003,” kata ahli parlimen Pasir Mas dalam satu kenyataan.


Loading...

“Dalam pilihan raya umum terkini pada Mei yang lepas juga, rakyat Kelantan sekali lagi membuktikan kepandaiannya dengan tidak memberikan satu kerusi pun kepada Pakatan Harapan (PH) yang telah menobatkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri.”

Semalam, Dr Mahathir mendakwa walaupun rakyat Kelantan pandai tetapi negeri itu miskin kerana PAS tidak dapat mentadbir sendiri.

Tegas pengerusi PH, ramai orang Kelantan berjaya dengan perniagaan di tempat lain, bukan di negeri sendiri.

Dalam pada itu, Fadhli yang juga ketua pemuda PAS negeri meminta Dr Mahathir memberi penjelasan sejak bilakah Kelantan miskin.

“Jika dikatakan miskinnya Kelantan sejak 1990 kerana ditadbir PAS, maka saya kira bekas pemimpin PAS yang berada dalam kerajaan hari ini perlu berbisik sepatah ke telinga Tun kerana tohmahannya itu sekaligus memburukkan pentadbiran almarhum Nik Aziz selama 23 tahun,” katanya.

No comments

Loading...