Header Ads

Tidak ingin Bersatu terima nasib serupa Umno


PUTRAJAYA - Tidak ingin menerima nasib serupa dengan Umno yang terpalit dengan skandal kleptokrasi, Bersatu tetap mengutamakan perjuangan melawan rasuah.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak, Bersatu akan menerima nasib sama sekiranya tidak menjauhi rasuah.


Loading...

“Kita cuba utamakan lawan rasuah kerana ia antara punca menyebabkan Umno rosak,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian dan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.

Selain rasuah, katanya sikap tamak juga boleh menyebabkan sesebuah parti itu kecundang.

“Kalau Bersatu juga menjadi parti yang dikuasai oleh perasaan tamak, maka kita akan tahu, rakyat akan menolak kita,” katanya. - Sinar Harian

No comments

Loading...