Header Ads

Tidak ada kroni, Bumiputera jadi jutawan sebab berusaha, kata PM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata semua diberi peluang sama tetapi yang tidak berjaya lebih ramai. - Foto: Projek MM

Tidak ada amalan kronisme dilakukan kerana kerajaan memberi peluang sama rata kepada usahawan Bumiputera, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata namun daripada “100 yang diberi peluang” hanya segelintir berjaya sebab itu mereka “dikenali sebagai kroni”, lapor Utusan Online.

Loading...


“Kita senang hati untuk tuduh ini disebabkan oleh kronisme, beri pertolongan hanya pada yang berjaya,” kata perdana menteri.

“Sebenarnya semua diberi peluang sama tapi yang tidak berjaya lebih ramai. Disebabkan yang berjaya jadi jutawan, kita iri hati dan menuduh mereka sebagai kroni kerajaan.”

Perkara itu dinyatakan Dr Mahathir ketika perasmian Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

No comments

Loading...