Header Ads

Tian Chua balas Rafizi isu kerusi Anwar, PKR bukan ‘kongsi gelap’


Tian Chua mempersoal kewibawaan Rafizi Ramli kerana terlibat dalam membuat keputusan penting berkaitan PKR tanpa berunding dengan kepimpinan lain.

Merujuk keputusan parlimen mana yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim, naib presiden PKR kesal berikutan calon timbalan presiden itu kerap bercakap mengenai keterbukaan, ketelusan dan kebenaran, lapor Projek MM.

Loading...


“Sekarang OK untuk beberapa orang [termasuk Rafizi] membuat keputusan penting parti secara rahsia tanpa merujuk kepimpinan lain dalam parti,” coretnya di Twitter hari ini.

“Ini parti yang demokratik atau kongsi gelap?”


Ironinya, beliau berkata Rafizi sebelum ini mengkritik perdana menteri kerana membuat lantikan kabinet tanpa merujuk pimpinan Pakatan Harapan.

Semalam, Tian Chua tidak senang apabila Rafizi mengumumkan satu kerusi parlimen akan dikosongkan kerana keputusan tersebut dibuat tanpa berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti.

Rafizi kemudian menyatakan sebahagian keputusan PKR dibincang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin sahaja dan ketua umum mengizinkannya membuat pengumuman itu.

No comments

Loading...