Header Ads

Terdesak mahu anak lelaki, bapa campak anak sulung umur 18 bulan ke luar rumah


SEORANG lelaki yang terdesak untuk mendapatkan seorang anak lelaki, dikatakan telah mencampak anak perempuannya yang berusia 18 bulan dari teres rumahnya di sebuah kampung Uttar Pradesh, selepas isterinya melahirkan seorang lagi bayi perempuan, menurut polis, Jumaat.

Anak sulungnya itu, Kavya, cedera parah dalam kejadian di kampung Pardhauli, India, Khamis dan telah dimasukkan ke hospital.


Loading...

Bapanya, Arvind Gangwar, yang mabuk ketika itu telah ditangkap menurut pegawai polis.

Penduduk kampung berkata berlaku ketegangan di kediaman itu sejak isteri Gangwar melahirkan anak kedua mereka lima hari lalu.

Pada Khamis, Gangwar yang mabuk membawa anak perempuannya ke kawasan teres dan melemparkannya.

Inspektor polis yang bertanggungjawab ke atas kawasan tersebut memfailkan laporan atas kes cubaan membunuh. -IndianExpress/mStar Online

No comments

Loading...