Header Ads

Tak Sangka Hamil lagi, Zizie Ezette takut perut kena potong

Zizie Ezette selamat melahirkan dua putera secara pembedahan pada 30 Disember 2017 di Pusat Perubatan Prince Court. — Foto ihsan Instagram/Bung Moktar

Pelakon Zizie Ezette mendedahkan beliau takut bersalin kerana risau perutnya bakal dipotong sekali lagi.

Baru beberapa bulan melahirkan anak, Zizie, 39, berkata “tidak sangka” akan hamil lagi dalam tempoh begitu cepat, lapor Harian Metro.


Loading...

“Bimbang, takut semua memang ada. Yalah perut nak kena potong lagi,” kata isteri pemimpin Umno Datuk Bung Moktar Radin.

“Tapi pakar sakit puan meyakinkan, saya selamat untuk hamil lagi.”

Kini hamil tiga bulan, namun pelakon Aduhai Esah bersyukur ramai mendoakan kesejahteraan dan proses kehamilan dipermudahkan.

Pada 29 Disember lalu, Zizie dikurniakan pasangan kembar lelaki. Kakak pelakon Shaheizy Sam berkahwin dengan Bung pada 2009. - Projek MM

No comments

Loading...