Header Ads

Suami kecewa, pembunuh isterinya masih bebas


KUTACANE - INDONESIA. Polis di Aceh Tenggara masih buntu dan gagal menangkap pembunuh seorang ibu muda di Desa Rama, Bukit Tusam.

Suami mangsa, Asnawi Luwi kecewa apabila kes berkenaan sudah berlanjutan selama lapan bulan, tanpa sebarang perkembangan baharu.


Loading...

"Polis sebelum ini berjanji untuk mengumpul bukti baharu, namun sehingga sekarang mereka gagal memburu suspek bertanggungjawab membunuh isteri saya," kata Asnawi.

Asnawi antara individu yang disiasat polis bagi merungkai kes pembunuhan tersebut.

Kes pembunuhan Laiga, 19, ibu muda beranak satu menggemparkan masyarakat di Aceh Tenggara pada awal Januari lalu.

Mayatnya ditemui dengan seluar dilondeh sehingga paras lutut di sebuah kebun jagung tidak jauh dari rumahnya.

Polis percaya, mangsa dirogol sebelum dicekik sehingga mati. - Tribuannews

No comments

Loading...