Header Ads

Singapura kembalikan RM46 juta wang 1MDB, SRC


SINGAPURA, 10 Sept ― Mahkamah Singapura mengeluarkan perintah pelupusan berhubung wang yang telah diseleweng daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau SRC International Sdn Bhd, menurut firma guaman Tan Rajah & Cheah.

Dalam kenyataan di sini hari ini, ia menegaskan bahawa wang yang diperoleh itu adalah dalam pelbagai mata wang dengan jumlah nilai keseluruhan kira-kira S$15.3 juta (RM46 juta).


Loading...

“Kesemua wang ini sedang dipindahkan ke akuan bank pemerolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur.

“Usaha untuk mendapatkan kembali aset lain yang diseleweng masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.

Tan Rajah & Cheah adalah peguam cara bagi kerajaan Malaysia, 1MDB dan SRC International Sdn Bhd. ― Bernama

No comments

Loading...