Header Ads

Siasatan dalaman FGV: 'Ramai...ramai disiasat'


Felda Global Ventures (FGV) dijangka akan mendedahkan hasil siasatan dalaman terhadap ahli lembaga pengarah dan pengurusannya dalam beberapa bulan akan datang.

Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid berkata pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dan nasihat daripada peguam mereka berhubung perkara itu.


Loading...

“Kita sedang menunggu maklum balas dari peguam kita dimana perkara itu belum selesai. Peguam juga belum putuskan nasihat. Kita sedang menunggu dan mereka (peguam) akan buat keputusan akhir.

“Kita pakai peguam bukan dari Malaysia sahaja, ada juga dari luar negara kerana banyak perkara yang kita siasat ini melibatkan transaksi-transaksi di luar negeri. Ia kompleks,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Akedemi FGV, di Kuala Lumpur, hari ini, lapor Kinitv.

Ditanya, adakah ahli lembaga pengarah itu termasuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (GP/CEO) Datuk Zakaria Arshad dan bekas pengerusi FGV Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Azhar bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu buat masa ini.

Minggu lalu, FGV dilaporkan sedang mengadakan siasatan dalaman terhadap beberapa amalan perniagaannya setelah terjumpa "penemuan buruk" dalam siasatan terdahulu terhadap pelaburannya.

Siasatan terdahulu itu merujuk kepada siasatan yang bermula Januari lalu yang antaranya bertumpu kepada pembelian hartanah.

Termasuk memeriksa amalan penjualan minyak sawit dan pembelian yang buruk, pemberian kontrak pemerolehan secara terus, dan kekurangan pekerja daripada pertengahan 2016 sehingga pertengahan 2018 yang menyebabkan kerugian kewangan.

No comments

Loading...