Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, suspek yang berusia 20 tahun itu sedang diburu dan dipercayai masih berada di negeri ini.

Loading...

"Kita meminta suspek yang beralamat di Taman Bandar Baru PKNK, Sungai Petani ini supaya menyerah diri dengan segera.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek ini juga diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sekatan jalan raya Op Cantas Khas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah berhadapan Masjid Zahir di sini sebentar tadi, lapor Kosmo!.
Kata beliau, semakan mendapati suspek yang merupakan seorang penganggur itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Terdahulu, suspek utama kes tersebut yang berusia 21 tahun dan isterinya berjaya ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani pada pukul 1.30 petang tadi.
Pasangan suami isteri itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Petani untuk mendapatkan perintah tahanan reman pada pagi esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.