Header Ads

Seleweng RM50,000, bekas Adun Selangor ditahan


KUALA LUMPUR, 3 Sept — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi membantu siasatan berkaitan salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000, hari ini.

Menurut sumber, ADUN wanita berusia 56 tahun berkenaan ditahan pada kira-kira 5.50 petang tadi di pejabat SPRM Selangor selepas hadir memberi keterangan berkaitan kes itu.


Loading...

“Suspek wanita itu disyaki telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat DUN yang mana syarikat tersebut merupakan syarikat milik anaknya,” kata sumber itu.

Sementara, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan berkenaan.

“Penahanan suspek dibuat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

Suspek akan dibawa Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman esok. — Bernama

No comments

Loading...