Header Ads

Prestasi Bersatu jauh memacu berbanding usia


PUTRAJAYA - Meskipun baru berumur dua tahun,  prestasi Bersatu memacu jauh ke hadapan dalam arena politik negara berbanding parti lain.

Kehadiran Bersatu dalam Pakatan Harapan sebelum PRU 14 yang lalu telah mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya blok pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan BN.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia menunjukkan kemunculan Bersatu memberi kesan dalam usaha mengalahkan kerajaan zalim dan kleptokrasi yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.


Loading...

“Walaupun Bersatu berumur dua tahun tetapi prestasi bukanlah menunjukkan betapa mudanya kita,” katanya.

Menurutnya, Bersatu berusaha keras untuk memberitahu bahawa mereka adalah sebuah parti Pribumi Melayu yang tiada campuran.

“Bersatu juga bekerjasama dengan parti campuran untuk mempengaPrestasi Bersatu jauh memacu berbanding usiaruhi rakyat dengan menumpukan satu matlamat, melupakan persengketaan terdahulu dan ia telah membuahkan hasil,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Bersatu tidak mencapai 2/3 kemenangan, BN tidak boleh mengelak daripada menerima kenyataan bahawa mereka kalah.

“Jadi mungkin kerana itu, mereka (BN) berpendapat bahawa Bersatulah yang berjaya membantu parti lawan untuk mendapatkan kemenangan.

“Sebab itulah tumpuan dan serangan dibuat kepada Bersatu,” katanya dalam temubual eksklusif Sinar Harian dan Malaysiakini di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mahathir yang juga Perdana Menteri berkata, walaupun Bersatu terdiri daripada serpihan Umno tetapi jiwa dan semangat pemimpin mereka tidak sama.

“Kita sanggup menghadapi cabaran keluar parti, berdepan dengan pelbagai tekanan dan terus berjuang kerana percaya Bersatu boleh mengembalikan perjuangan orang Melayu melalui parti kami,” katanya.

- Sinar Harian

No comments

Loading...