Header Ads

Polis tidak intip media sosial istana Johor, kata KPN


KUALA LUMPUR — Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak mengintip akaun media sosial anggota keluarga Sultan Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata PDRM memberi jaminan kepada Istana Johor bahawa perkara itu tidak berlaku.

“Saya akan memohon perkenan ke bawah DYMM Tuanku Sultan Johor untuk menghadap bagi mengangkat maklum perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loading...


Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa bahawa media sosial milik beliau dan ayahandanya ‘diintip’ individu tertentu menggunakan teknologi buatan Israel.

Perkara itu didedahkan Tunku Ismail dalam laman Facebook rasmi beliau, HRH Crown Prince of Johor semalam yang turut mendakwa ramai tentera siber diletakkan dalam laman sosial milik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

Tunku Ismail dilaporkan mendakwa alat berkenaan yang dimiliki kerajaan digunakan untuk tujuan pengintipan dan mengumpul data selain digunakan sebelum pilihan raya bagi membantu dalam perang siber. — Bernama

No comments

Loading...