Header Ads

PH ditolak, BN kalah akibat kos sara hidup - Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR, 7 Sept — Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya umum lalu (PRU) bukan disebabkan kekuatan parti dalam gabungan itu, kata Datuk Ibrahim Ali.

Pengasas Perkasa berkata parti dalam PH sudah lama ditolak tetapi tekanan kos sara hidup membuatkan rakyat mencari alternatif.

Loading...

“Lim Kit Siang dakwa rakyat mahu perubahan. Puak Datuk Seri Anwar Ibrahim kata kerana kehebatan pemimpin mereka dan PKR. 
“PRU sebelum ini mereka tewas. Jadi di mana kehebatan Anwar? Penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad pun dakwa begitu juga tetapi bertanding 52 kerusi, kenapa menang 12 kerusi sahaja?
“Rakyat menolak Barisan Nasional (BN) baru-baru ini adalah kerana kos sara hidup. Harga barang naik. Ertinya kalau saya mengetuai parti pembangkang pun boleh menang.
“DAP 60 tahun tidak pernah menang pilihan raya. Maknanya bukan orang sokong DAP tetapi harga barang naik,” katanya kepada ProjekMM.
Dalam PRU14, PH menawan Putrajaya selepas 60 tahun BN memerintah negara sejak merdeka. PH menang 122 kerusi Parlimen melalui empat parti komponen PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

PKR menyumbang 50 kerusi diikuti DAP (42), PPBM (10), Amanah (12) dan Warisan (8).
Ibrahim juga mengakui calon Bebas sukar diterima rakyat dalam pilihan raya tetapi beliau percaya kepada pendekatan itu dan mahu menerusnya bagi mendidik rakyat.
“Hari ini orang tidak nampak kerana wakil Bebas lebih baik berada di Parlimen berbanding wakil parti. Dalam 15 ke 20 tahun lagi pun tidak mengapa jadi sejarah walau saya sudah tiada. 
“Orang tinggal sejarah curi duit, maksiat tetapi saya menunjukkan cara memilih pemimpin yang baik,” katanya.
Tiga calon Bebas PRU14 dipilih ke Dewan Rakyat yang menyaksikan mereka kemudian memberi sokongan kepada PH. 

No comments

Loading...