Header Ads

Peniaga online cedera dibakar di muka


KANGAR - Seorang lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian muka apabila dipukul dan dibakar dalam kejadian di tepi jalan, sebuah kedai di Jejawi, Arau dekat sini petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 30 tahun itu telah dipukul dibahagian muka dalam kejadian pukul 4.45 petang, lapor Kosmo!.


Loading...

"Mangsa berniaga secara dalam talian dan menetap di Kuala Perlis.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah di sini," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, berlaku pergaduhan antara mangsa dengan seorang suspek yang menyembur cecair dimukanya sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api.

Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk mendapat rawatan lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, Nanda meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi balai polis berdekatan.

No comments

Loading...