Header Ads

Pengurus silap masuk gear, Mercedes rempuh restoran

Sebuah Mercedes merempuh restoran makanan segera di Sunway Mentari, Petaling Jaya. — Foto ihsan Facebook/Perak Ajerr

PETALING JAYA — Seorang pengurus tersilap tekan gear Mercedesnya sehingga merempuh restoran makanan segera dekat sini awal pagi semalam.

Lelaki itu, 40 tahun, melanggar bahagian depan selepas membeli sarapan di premis itu di Sunway Mentari sekitar 6 pagi, lapor Berita Harian.


Loading...

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Supt Azman Shariat berkata pintu, cermin dan dinding premis itu rosak.

Ujian polis mendapati lelaki itu, yang dikenakan tindakan saman, tidak mengambil alkohol. Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

No comments

Loading...