Header Ads

Peguam Shafee Abdullah tiba diiringi pegawai SPRM


KUALA LUMPUR - Peguam terkemuka negara, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau yang tiba di Mahkamah Sesyen dari Putrajaya pada pukul 11.15 pagi itu diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Loading...

Pendakwaan akan dilakukan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Memetik laporan Kosmo!, dalam prosiding itu pembelaan diwakili Harvinderjit Singh, Chetan Jethwani, Datuk Hasnal Rezua Merican, Sarah Abisshegan, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.

Sementara pendakwaan diwakili Datuk Seri Gopal Sri Ram, Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib, Af Zaini Zam Abdul Aziz dan Regine Sri.

No comments

Loading...