Header Ads

Mahu kaya tapi duduk rumah? Teruskan, sindir Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Bumiputera supaya bekerja keras untuk berjaya, bukannya terus bergantung dengan bantuan kerajaan.

Perdana menteri berkata kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) tidak akan melayan permintaan individu yang mahu cepat kaya tanpa berusaha.


Loading...

“Jika anda ingin duduk di rumah dan tunggu kekayaan muncul depan pintu, teruskan dan tunggu buat selama-lamanya. Tidak ada apa yang akan datang kepada mereka yang tidak bekerja keras,” katanya.

“Kalau kita terus mencari jalan pintas untuk berjaya, kita sudah tetapkan diri untuk kegagalan.”

Pengerusi PH berkata demikian ketika berucap di Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.

Pendirian itu tegas Mahathir, tidak akan berubah sekalipun boleh mengakibatkan kekalahan pada pilihan raya akan datang. - ProjekMM

No comments

Loading...