Header Ads

Mahkamah bebas, lepas Guan Eng kes rasuah beli banglo

Lim Guan Eng dibebaskan dan dilepaskan daripada dua pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglonya tiga tahun lalu. — Foto Projek MM

GEORGE TOWN - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dibebaskan daripada dua pertuduhan berkaitan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah harga pasaran oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini sebentar tadi.

Turut dibebaskan ialah ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Ia berikutan pihak pendakwaan dari Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan tersebut, lapor Kosmo!

Loading...


Pada Mac lalu, Guang Eng dan Li Koon mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan pindaan ke atas mereka.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak diJalan Pinhorn, George Town di sini daripada Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

No comments

Loading...