Header Ads

Lelaki hina agama Islam akhirnya ditahan polis

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di Johor Bahru semalam. - Foto Kosmo!

Polis Selangor menahan seorang lelaki kerana didakwa menghina agama Islam di Johor Bharu, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan di Shah Alam berkata, lelaki 24 tahun itu ditahan di kawasan awam kira-kira 3.40 pagi.


Loading...

"Suspek itu berasal dari Kedah, namun dia tinggal di Johor Bharu dan berkerja di Singapura.

"Polis menahannya susulan satu laporan polis dibuat di Sepang oleh seorang individu pada 30 Ogos lepas berhubung sebuah videonya yang menghina agama Islam tersebar di media sosial baru-baru ini," katanya.

Dalam video kira-kira dua minit 30 saat itu, mempaparkan seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan menghina dan mempersendakan agama Islam.

Fadzil berkata lelaki itu kini direman sehingga Rabu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

- Bernama

No comments

Loading...