Header Ads

KSN nafi lantikan baru kerajaan disabotaj


Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ismail Bakar menafikan ada sabotaj dalam lantikan politik yang dibuat kerajaan baru dengan memberikan gred dan gaji yang lebih rendah.

Beliau berkata pihaknya sebaliknya sedang memperbetulkan amalan kerajaan lalu yang memberikan gred lebih tinggi kepada lantikan politik.

"Pelantikan pegawai politik dahulu disalah guna. Menteri beri gred dan pegawai SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) tak berani kata tidak.

Loading...


“Sekarang, dengan kerajaan baru semuanya ikut peraturan. Pelantikan dibuat mengikut gred lantikan dibawah SPA," katanya seperti dipetik laman The Malaysian Insight.

Beliau mengulas laporan portal itu yang memetik beberapa sumber yang mendakwa pegawai SPA menggunakan budi bicara sendiri untuk menilai semula pangkat pegawai yang dilantik kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber itu juga dilaporkan berkata JPA tidak mengendahkan kelulusan yang dibuat perdana menteri dan menteri berkenaan pelantikan dan gaji beberapa pegawai khas baru, setiausaha politik dan pegawai media.

Ismail berkata pegawai yang tidak berpuas hati dengan perkara itu boleh membuat rayuan dan SPA akan membuat semakan semula.

Beliau juga berkata pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2012 mungkin disemak atau ditukar sepenuhnya.

Menurut pekeliling itu, pelantikan pegawai memerlukan surat persetujuan daripada menteri atau timbalan menteri - selain perdana menteri sendiri - dan tidak menyatakan SPA atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhak untuk menetapkan gred mereka. - Malaysiakini

No comments

Loading...