Header Ads

Kerajaan nafi kenyataan TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim - Foto The Star

KUALA LUMPUR - Kerajaan menafikan dakwaan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengatakan kerajaan baharu menggunakan peralatan khas untuk mengintip dan mengumpul data rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman turut menafikan kenyataan Tunku Ismail yang mendakwa keluarga Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut diintip dan ‘diperhatikan’.

Loading...


"Setahu saya tiada arahan seumpama itu keluar, sama ada daripada kepimpinan kerajaan atau mana-mana pihak termasuk kepimpinan PH, tidak ada.

"Jika Tunku Mahkota Johor ada bukti wujudnya intipan seumpama itu, saya harap beliau beri maklumat tersebut kepada kita dan polis,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Azis berkata, kerajaan sedia menyiasat perkara itu jika benar wujudnya pengintipan sebegitu di Malaysia.

"Kerajaan menafikan dan jika benar Tunku Mahkota Johor ada maklumat perkara tersebut, kami minta beliau maklumkan kepada kami," katanya.

No comments

Loading...