Header Ads

Jho Low urus semua, Najib ‘tidak sedar’ begitu besar dana 1MDB dicuri


KUALA LUMPUR, 17 Sept ― Datuk Seri Najib Razak mungkin tidak tahu sepenuhnya sebegitu besar dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diseleweng, kata wartawan yang menyiasat kes itu.

Tom Wright, pengarang buku Billion Dollar Whale bersama Tom Wright, berpendapat hanya jutawan Low Taek Jho memahami operasi pengaliran wang daripada syarikat pelaburan negara itu.


Wartawan Wall Street Journal itu bagaimanapun tidak menafikan bekas perdana menteri itu, yang juga pengerusi 1MDB dan menteri kewangan, tidak bersalah.

Loading...

“Saya tidak fikir Najib begitu bersih,” katanya dalam wawancara dengan portal Coconuts yang diterbitkan hari ini.
“Namun apakah Najib tahu Jho Low mengendali dana itu sebegitu besar US$4.5 bilion [RM18.6 bilion], US$5 bilion [RM20.7 bilion], mungkin US$6 bilion [RM24.8 bilion]?
“Saya tidak fikir begitu [Najib sedar]. Saya fikir beliau tidak mengetahui urusan harian seperti Jho Low mengetahuinya. Jho Low yang buat semuanya.”
Wright bagaimanapun melihat Najib sedar penyelewengan berbilion-bilion ringgit itu memang untuk digunakan sebagai dana politik Umno dan juga ahli keluarganya.
Billion Dollar Whale sepatutnya dijual di kedai-kedai buku minggu ini tetapi edisi PDF buku tersebut sudah beredar sejak minggu lepas lagi.

Sementara itu Low pula, melalui peguamnya, dilaporkan ingin mengambil tindakan saman kepada penjual buku tersebut yang mendedahkan secara perinci skandal tersebut.
Beliau yang enggan menyerah diri kepada polis juga, melalui Jho-Low.com, masih lagi berkeras tidak bersalah walau ada waran tangkap terhadapnya dan dituduh di mahkamah.
“Saya tegaskan: Saya memang tidak bersalah,” katanya di laman web baru itu, dan akan mempertahankan dirinya, termasuk mengupas laporan media terhadap kes tersebut. - Projek Mm

No comments

Loading...