Header Ads

Jho Low hadiahkan Kim Kardashian Ferrari RM1.3 juta?


Umum mengetahui siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini sedang berjalan. Kali ini, bintang realiti televisyen terkenal, Kim Kardashian pula selebriti terbaru yang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

Memetik laporan The Edge Markets, bekas Penasihat Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu didakwa pernah menghadiahkan Ferrari putih bernilai AS$325,000 (RM1.3 juta) kepada bintang realiti TV, Kim Kardashian dan bekas suaminya, Kris Humprhries sempena hadiah perkahwinan mereka pada 2011.

Loading...


Menurut laporan, Jho Low hadir di majlis perkahwinan pasangan tersebut tetapi hanya dikenal pasti sebagai “seorang ahli perniagaan Malaysia” ketika itu.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, Kardashian mungkin perlu menyerahkan semula kereta tersebut kerana dipercayai dibeli menggunakan dana 1MDB, sama seperti barang kemas yang dihadiahkan oleh Jho Low kepada Miranda Kerr dan juga lukisan Picasso dan Basquiat yang diberikan kepada Leo Laporan turut mendedahkan antara selebriti lain yang pernah menerima hadiah dari Jho Low termasuk Swizz Beatz, Pras Michél dan Nicole Scherzinger.

Ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu dipercayai merupakan dalang utama dalam penyelewengan wang berjumlah AS$4.5 bilion dari 1MDB, kini dipercayai sedang menyembunyikan diri di China dan dikatakan telah dilihat di Macau dan Hong Kong.nardo DiCaprio sebelum ini.

No comments

Loading...