Header Ads

Jejas psikologi pesalah, Alicia Amin bantah sebat pasangan lesbian

Pelakon Alicia Amin percaya hukuman sebat meninggalkan kesan buruk kepada pesalah dari segi psikologi. — Foto ihsan Instagram/hungriii

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Hukuman sebat secara terbuka di Terengganu akan memberi impak negatif kepada pesalah, kata pelakon Alicia Amin.

Beliau berkata tindakan itu juga tidak wajar kerana bertentangan dengan hak asasi manusia, lapor Harian Metro.


Loading...

“Saya faham tujuan hukuman sebat mengikut undang-undang syariah bertujuan memberi pengajaran,” kata pelakon Alamatnya Cinta.

“Namun begitu, ia akan meninggalkan kesan buruk kepada pesalah dari segi psikologi mereka.”

Pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu, model kacukan Melayu-Jerman baru-baru ini mengecam isu sebat di Twitternya.

Nama asal Raja Alicia Raja Amin, 22, beliau mempersoalkan “institusi agama” yang mendakwa sebatan dibuat sebagai pengajaran.

“Jika kamu mahu menetapkan contoh, ahli politik adalah pilihan terbaik. Bukannya hukum wanita,” coret peserta Asia’s Next Top Model musim kelima.

“Kenapa kita tidak tunjukkan contoh kepada perogol? Pedofilia? Mengapa? Beritahu saya.”

No comments

Loading...