Header Ads

Janji bonus, Andy Lau ucap tahniah ‘Hantu Kak Limah’


KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Kejayaan cemerlang filem Hantu Kak Limah mendapat penghargaan pelakon Hong Kong Andy Lau.

Beliau salah seorang pengasas Infinitus Entertainment Group yang juga penerbit filem seram komedi berkenaan.


Loading...

“Tahniah untuk filem Hantu Kak Limah, ini merupakan satu kejayaan besar untuk kita semua,” katanya seperti dilapor mStar Online.

Foto mStar Online

Andy, 57, turut mengumumkan bonus kepada tenaga produksi filem yang sudah mengumpul kutipan RM36 juta.

Hantu Kak Limah yang diterbitkan bersama Astro Shaw diarahkan Mamat Khalid dan dilakonkan Zul Ariffin, Datuk Awie, Delimawati serta Mus May.

No comments

Loading...