Header Ads

Harga kereta turun bukan kerana SST


KUALA LUMPUR - Penurunan harga kereta seperti diumumkan lima syarikat automobil bukanlah berpunca daripada pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam menasihatkan rakyat agar tidak tertipu kerana penurunan harga automobil memang sudah dirancang.

Menurutnya, ia adalah perkara biasa apabila harga kereta turun pada akhir tahun kerana mahu elak harganya terus susut pada tahun berikutnya.

Loading...


“Yang lima syarikat kenderaan kata turun harga kereta, ini orchestrated (dirancang). Jangan jadi bodoh kerana setiap hujung tahun memang syarikat kereta akan bagi diskaun.

“Diskaun itu supaya (kereta) dapat dijual sebelum Disember kerana bila masuk 1 Januari, harganya akan turun beberapa peratus sebab bukan lagi dibuat pada tahun 2018.

“Realitinya semua automobil confirm (pasti) naik (harga) bila ada SST,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Himpunan Bantah SST, di sini, tengahari tadi.

Tambah beliau, bukan sahaja harga automobil akan meningkat malah harga tayar dan minyak pelincir akan ikut sama menaik.

“Rakyat sebenarnya dah mula sedar dengan pelaksanaan SST, kos sara hidup tak turun seperti dijanjikan malah makin naik,” ujarnya.

Tegasnya, BN beberapa kali menegaskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) lebih baik daripada SST namun disebabkan ego, kerajaan baru tetap menghapuskan GST dan mengembalikan SST.

“Kita dah cakap dulu SST ini tak bagus, bukan saya saja cakap tapi Lim Guan Eng (Menteri Kewangan) pun kata GST cukai yang lebih telus dan efisien.

“Tapi sebab ego, dah letak dalam poster (hapuskan GST), jadi suka tak suka benda baik pun dihapuskan,” ujarnya. - Sinar Harian

No comments

Loading...