Empat hari tayang, Munafik 2 catat rekod kutipan lebih RM21
Filem seram Munafik 2 arahan Syamsul Yusof
semakin menggila di pawagam apabila kini sudah mencatat RM21.6 juta kutipan
hanya selepas empat hari ditayangkan.
Sekali gus kutipan itu memadam rekod filem Hantu Kak Limah
yang sebelum ini mengutip RM9 juta selepas empat hari ditayangkan.
Loading...
Perkara berkenaan disahkan oleh Syamsul sendiri menerusi
akaun Instagramnya sebentar tadi yang menyatakan kutipan itu bermula pada hari
pertama tayangan sehingga semalam.
"Allah memungkinkan setiap sesuatu yang mustahil
benar-benar menjadi," tulisnya.
Memetik laporan Kosmo!, sebelum ini Munafik 2 mencatat kutipan sebanyak RM3.6 juta
pada hari pertama tayangannya, manakala pada hari tayangan awal sebelumnya pula
ia mencatat kutipan sebanyak RM2.05 juta.
Filem yang turut dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan,
Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Mawi itu menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.
Post a Comment