Header Ads

Dua remaja ditemui mati tertimbus jambatan runtuh


BANDAR BAHARU - Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai ketika melalui jambatan yang runtuh di Taman Seri Serdang dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 malam itu, mangsa Mohd. Haikal Hakimi Mohd. Nor, 17, dan rakannya yang masih belum dikenali identitinya ditemui mati di bawah runtuhan jambatan tersebut, lapor Kosmo!.


Loading...

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Barudin Wariso berkata, anggota polis dan pihak bomba bertindak mencari mangsa di bawah runtuhan jambatan itu selepas menerima maklumat berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, setibanya anggota polis dan pihak bomba di lokasi kejadian didapati sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berada di bawah runtuhan jambatan berkenaan.


"Dua mangsa itu kemudian berjaya dikeluarkan selepas ditemui tertimbus kira-kira 0.3 meter dan disahkan telah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya,  mayat mangsa berkenaan dibawa ke Hospital Kulim di sini untuk bedah siasat.

No comments

Loading...