Header Ads

Dr Mahathir harap pengganti berbakat muncul, pimpin PPBM

Foto: Kosmo

Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mampu melahirkan penggantinya bagi mengetuai parti itu.

Dr Mahathir, 93, yakin PPBM selepas dua tahun penubuhannya boleh menyediakan kepemimpinan berbakat bagi mengemudi parti itu, lapor Malaysiakini.

Loading...


"Kami harap orang-orang berbakat akan muncul. Mereka mungkin muncul tak lama lagi dan kami menggalakkan mereka yang berbakat untuk jadi pemimpin," katanya menyebut contoh Ketua Pemuda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Mohd Rafiq Naizamohideen.

"Dalam Bersatu [PPBM] ada ramai orang muda yang menunjukkan kebolehan yang besar."

Bakal menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak pasti sama ada akan kekal sebagai pengerusi PPBM selepas proses peralihan kuasa berlaku. - Projek MM

No comments

Loading...