Header Ads

Dipenjara kerana lampu isyarat jadi mangsa lepas geram


PERASAAN marah yang masih membara dalam dirinya selepas bertengkar dengan rakan membuatkan seorang lelaki bertindak merosakkan harta awam.

Berusia 36 tahun, lelaki yang hanya dikenali sebagai Xin itu sedang memandu pulang ke Jinshi, wilayah Hunan pada kira-kira 10 malam baru-baru ini.

Bagaimanapun sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat dan menunggu kira-kira dua minit, lelaki itu bagaikan hilang sabar apabila keluar dari kenderaannya menuju ke lampu isyarat.

Lapor portal berita Cdyee.com, lelaki itu telah menarik tiang lampu isyarat sementara di tengah jalan itu hingga tumbang.

Lebih malang lagi tindakannya dirakam kamera pengawasan yang dipasang berdekatan lokasi kejadian.

Lelaki itu kemudiannya kembali ke keretanya dan meneruskan pemanduan.

Selepas meneliti kejadian itu, polis tempatan mengambil masa dua minggu untuk menjejak lelaki itu.

Pada Rabu, Xin ditahan sebelum dikenakan hukuman penjara selama lima hari.-SMCP

No comments

Loading...