Header Ads

DAP aktif jentera, gerak sokong Anwar, kata Guan Eng

Foto The Star

DAP menzahirkan sokongan padu terhadap keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson untuk kembali ke parlimen berikutan tempoh untuk Presiden PKR yang menang tanpa bertanding itu kembali ke parlimen telah “lama tertangguh”.

Dalam kenyataan, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Anwar akan mewakili visi Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi pembinaan negara dan perpaduan nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Loading...

“Keputusan Anwar untuk bertanding di Port Dickson tiba pada saat kritikal untuk mengesahkan dan memperkukuhkan jiwa Malaysia sebagai negara demokratik, menghormati kedaulatan undang-undang, mendukung integriti dalam kepimpinan, keadilan sosial dan ekonomi, toleransi, meraikan kepelbagaian dan keterangkuman.

“DAP percaya pengundi di kawasan Parlimen Port Dickson akan memberikan kemenangan besar kepada Pakatan dan Anwar,” katanya.

Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata DAP akan mengarahkan Jawatankuasa Negeri Sembilan untuk mengaktifkan jentera dan menggerakkan sokongan bagi memastikan kejayaan Anwar dan Pakatan di Port Dickson.

Pada Rabu, kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding selepas penyandang kerusi itu Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan peletakan jawatannya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Danyal Balagopal memenangi kerusi Port Dickson dengan majoriti 17,710 undi selepas meraih 36,225 undi manakala VS Mogan daripada Barisan Nasional memperoleh 18,515 undi dan calon PAS Mahfuz Roslan mendapat 6,594 undi.

Lim berkata pembangkang akan bertanding menentang Anwar untuk mempromosikan politik mereka yang bersifat memecah-belahkan, cauvinis etnik, dominasi perkauman dan ekstremisme agama.

- Bernama

No comments

Loading...