Header Ads

Daim: Jho Low hubungi saya mahu bincang isu 1MDB

Foto: Berita Harian 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, mendedahkan ahli perniagaan kontroversi dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, ada menghubunginya beberapa kali bagi membincangkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Daim berkata, Jho Low ada menghubunginya ketika bekas Menteri Kewangan itu menggesa ahli perniagaan berkenaan pulang ke Malaysia jika dirinya tidak bersalah dalam skandal 1MDB.


Loading...

Malah, katanya, Jho Low pernah menawarkan diri untuk membantu dalam kes 1MDB ketika kunjungannya ke China pada Jun lalu, namun beliau enggan melayan permintaan ahli perniagaan kontroversi itu.

“Ketika sidang media pertama apabila saya jadi Pengerusi MPK, saya kata, kalau Jho Low betul-betul tidak bersalah, baliklah (ke Malaysia). Malam itu dia (Jho Low) telefon.

“Bila (Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low membuat provokasi. Dia mahu bercakap dengan saya, (tapi) saya tidak mahu.

“Bila (Jho Low) telefon, saya suruh wakil saya cakap. Dia kata, dia boleh tolong,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Rancangan itu bersiaran selama sejam dengan Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai moderator.

Menurut laporan Berita Harian lagi, Daim berkata, Jho Low adalah dalang di sebalik skandal 1MDB dan beliau bertanggungjawab menghubungkan syarikat pelaburan strategik negara itu dengan beberapa negara seperti Abu Dhabi, Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Australia, Hong Kong, Singapura dan Switzerland.

“Hubungan ini satu dunia tahu, kita dapat dengar di CNN, BBC, malah berita China semua keluar sebagai berita utama. Afrika pun tahu.

“Cuma di Malaysia saja tak tahu. Dalam Parlimen tidak boleh cakap. Tiada keikhlasan dan ketelusan (tetapi) akhirnya orang tahu juga, jadi apa guna nak tipu,” katanya.

No comments

Loading...