Header Ads

Budak lelaki 12 tahun maut tergelincir di Gua Kelam

Foto: Kosmo

PADANG BESAR - Aktiviti riadah satu keluarga sempena cuti umum Hari Malaysia menjadi tragedi apabila anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun mati lemas dalam kejadian di Secret Garden, Gua Kelam di sini kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati, V.Rajan,12, tergelincir jatuh ke dalam sungai semasa berjalan-jalan di Secret Garden bersama keluarganya, lapor Kosmo!.


Loading...
"Mangsa yang berasal dari Kaki Bukit di sini ditemui di jambatan Gua Kelam maut kerana mati lemas.

"Kes dikategorikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur-unsur jenayah yang dikesan. Mayat mangsa dihantar menggunakan ambulans ke Unit Forensik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dekat sini untuk proses bedah siasat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Hujan lebat di Perlis sepanjang hari mutakhir ini.

Gua Kelam merupakan lokasi pelancongan terkenal di Perlis untuk aktiviti jelajah gua, mendaki bukit dan mandi-manda.

No comments

Loading...