Header Ads

Bos SPRM, pegawai selesai temui Daim

Foto: Malay Mail

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) Tun Daim Zainuddin di pejabatnya di Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Shukri Abdull yang mengetuai beberapa orang pegawai bertemu Daim selama kira-kira 45 minit, dipercayai untuk membincangkan berhubung transaksi tanah meragukan di ibu negara yang didakwa berlaku ketika pentadbiran kerajaan lalu.

Loading...


Bagaimanapun, pihak media yang berkampung di hadapan bangunan Menara Ilham sejak pukul 9 pagi, gagal mendapatkan kenyataan SPRM, malah kelibat Daim juga tidak kelihatan.

Terdahulu, tiga kenderaan SPRM tiba pada pukul 10.40 pagi sebelum dilihat meninggalkan perkarangan menara berkenaan pada pukul 11.25 pagi.

Sementara itu, Mohd Shukri ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu.

"Tanyalah Tun Daim," katanya.

Semalam, Daim dilaporkan media akan bertemu SPRM susulan siasatan pihak beliau mendapati sekurang-kurangnya terdapat transaksi 91 lot tanah yang meragukan.

Daim dilaporkan berkata transaksi tanah meragukan di ibu negara itu dikatakan berkait rapat dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta tanah bagi projek Bandar Malaysia.

- Bernama

No comments

Loading...