Header Ads

Bekas Menteri Besar Selangor meninggal dunia akibat serangan jantung


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar  meninggal dunia dipercayai akibat masalah jantung kira-kira pukul 8.05 malam tadi.

Pegawai khas kepada Abu Hassan, Datuk Mohamad Isa Ishak yang mengesahkan perkara itu memberitahu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Columbia Asia dekat sini.


Loading...

Katanya, Abu Hassan mengadu sesak nafas dan sakit pada bahagian dada di rumahnya petang tadi sebelum dibawa ke hospital berkenaan oleh ahli keluarganya.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok(hari ini).

Abu Hassan yang juga Yang Dipertua Mubarak merupakan Menteri Besar Selangor ke-12 dan memimpin negeri pada tahun 1997 sehingga 2000.

No comments

Loading...