Header Ads

Bas ekspres dua tingkat kemalangan, dua maut, 36 cedera


BATU GAJAH - Dua individu maut manakala 36 lagi cedera selepas bas ekspres yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Ipoh-Lumut berhadapan Batu Gajah Perdana di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mereka dipercayai pemandu bas dan seorang penumpang wanita, lapor Kosmo!.

Loading...

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Gajah, Mohd. Jamaluddin Mat Yusop berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas dua tingkat yang membawa 37 penumpang itu melanggar pembahagi jalan.

"Kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa sedang dilakukan anggota. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

No comments

Loading...