Header Ads

Azmin gesa langkah pertingkat keselamatan perairan Sabah disegera

Mohamed Azmin Ali - Foto NST

Badan berkaitan keselamatan di negara ini perlu menyegerakan tindakan lebih proaktif bagi menjamin keselamatan di perairan pantai timur Sabah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kes seperti penculikan baru-baru ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan rakyat tetapi juga dikhuatiri akan membantutkan pertumbuhan ekonomi negeri.


Loading...

“Insya-Allah, saya akan berbincang dengan pihak bertanggungjawab, termasuk Kementerian Dalam Negeri dan pihak berwajib supaya disegerakan tindakan yang lebih proaktif,” katanya pada majlis makan malam muafakat PKR sempena sambutan Hari Malaysia di Penampang, Sabah malam tadi.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR, turut meminta anggota parti supaya mengukuhkan parti agar usaha membangunkan dan mensejahterakan rakyat di Sabah dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Semua ini (usaha membangunkan dan mensejahterakan rakyat di Sabah) akan hanya berjaya jika parti (PKR) mempunyai kepimpinan yang kuat,” katanya.

- Bernama

No comments

Loading...