Header Ads

Anak tiri CEO Cradle Fund direman 7 hari, bantu siasatan kes bunuh


Dua anak tiri Nazrin Hassan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.

Kedua-dua remaja lelaki berumur 14 dan 16 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi dalam keadaan bergari dan memakai pakaian lokap.


Loading...

Pegawai polis yang rapat dengan kes itu mengesahkan tempoh reman mereka bermula hari ini dan kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kedua-dua beradik itu diwakili peguam Hisham Teh, LS Leonard, and S Suresh.

Keluarga remaja berkenaan dilihat gelisah ketika permohonan reman didengar dalam mahkamah.

Berlaku perselisihan di luar mahkamah antara ahli keluarga dengan media apabila salah seorang daripada mereka menolak kamera yang dipegang wartawan sehingga jatuh. - Projek MM

No comments

Loading...