Header Ads

Zahid harap Najib tak kecil hati dianggap beban


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Datuk Seri Najib Razak tidak tersinggung dengan kritikan terhadapnya.

"Saya harap [Najib] tidak berkecil hati atau terluka terhadap komen-komen tersebut," kata presiden Umno kepada media.


Loading...

Beliau mengulas saranan pemimpin Umno agar Najib, bekas presiden parti itu, tidak turut berkempen dalam pilihan raya kecil.

Selain kenyataan ketua Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani, setiausaha agung Tan Sri Annuar Musa juga berpendapat begitu.

Memetik laporan Malay Mail, Annuar melihat kes mahkamah dan siasatan terhadap Najib berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) "satu beban" kepada Umno.

Dalam sidang media itu, Zahid juga berharap bekas perdana menteri itu melalui proses siasatan dan mahkamah itu dengan kuat dan tenang.



"Saya harap fikiran dan perasaannya tidak terganggu dengan komen-komen itu," katanya lagi.

No comments

Loading...