Header Ads

Zahid: Hanya yang berfikiran kotor tuduh saya miliki RM230 juta


Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dakwaan beliau memiliki aset bernilai RM230 juta terbukti palsu semata-mata.

Ketua pembangkang itu menegaskan, hanya mereka yang berfikiran kotor sahaja yang menuduh beliau memiliki aset sebanyak itu.


Loading...

Menurut laporan Kinitv, dalam jawapan bertulis parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata tiada bukti yang menunjukkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai aset RM230 juta.

Menurut Liew, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyiasat dakwaan berkenaan sekiranya terdapat bukti berkaitan.

Liew berkata demikian sebagai menjawab soalan Ramkarpal Singh (HARAPAN-Bukit Gelugor) yang bertanya sama ada kerajaan akan menyiasat perkara itu.

Dakwaan berhubung kekayaan luar biasa Zahid muncul Ogos tahun lalu selapas beliau secara terbuka menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad berketurunan India dan menawarkan untuk menunjukkan kad pengenalan lama pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu sebagai bukti.

Susulan itu, Dr Mahathir menuduh Zahid membuat pengisytiharan harta pada 1996 yang mencecah sembilan angka.

Ketika itu, Dr Mahathir merupakan presiden Umno dan Zahid merupakan ketua Pemuda Umno. Zahid menafikan dakwaan itu dan menuduh mengalu-alukan siasatan SPRM ke atasnya.

Zahid ketika itu berkata beliau adalah seorang ahli perniagaan, ketua pegawai eksekutif untuk sebuah syarikat dan merupakan pengerusi Bank Simpanan Nasional.

No comments

Loading...