Header Ads

Yusmadi, Hui Ying dilantik sebagai Senator

Yusmadi (dua, kanan) dan Hui Ying (tengah) bersalaman selepas dilantik sebagai Senator.

GEORGETOWN - Persidangan Dun Pulau Pinang meluluskan usul melantik bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Setiausaha DAP Pulau Pinang,  Lim Hui Ying sebagai Ahli Dewan Negara baharu.

Cadangan itu bagi menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail dan Dr Ariffin S M Omar yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Dewan Negara pada 1 Jun 2018.

Loading...

Usul pelantikan itu dicadangkanKetua Menteri, Chow Kon Yeow dan disokong Dr Afif Bahardin (PKR- Seberang Jaya).

Lim Hui Ying merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) dari Universiti Malaysia.

Sementara Yusmadi pula melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam Pengajian Undang-undang Antarabangsa dengan pengkhususan dalam bidang perlindungan hak asasi manusia di American University, Washington College of Law, Amerika Syarikat


Kon Yeow berkata, beliau percaya kedua-dua calon ini mempunyai kelayakan untuk dilantik sebagai Senator dan membawa hasrat Pulau Pinang ke peringkat lebih tinggi.

Usul itu kemudian diluluskan setelah mendapat persetujuan sebulat suara semua Adun.

No comments

Loading...