Header Ads

YaPEIM dalam radar siasatan JPM


KOTA BHARU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana agensi di bawah jabatan itu jika dikesan berlaku penyelewengan dalam pentadbiran.

Beliau berkata, ini termasuklah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang menguruskan puluhan cawangan ar-Rahnu yang menawarkan skim pajakan emas secara Islam di seluruh negara.

Loading...


"Sekarang semua ada dalam fail untuk kita tengok di mana masalah-masalah yang timbul dan saya bagi jaminan segala perkara yang kita dapati ada penyelewengan sudah tentu kita tidak akan biarkan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi dialog bersama masyarakat anjuran Pertubuhan Prihatin Rakyat Kelantan (PRiKEL) di sini, malam tadi.

Pada 2015, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mendakwa berlaku penyalahgunaan dan penyelewengan dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) serta pembaziran yang berlaku dalam YaPEIM.

Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan antara pentadbiran kerajaan Persekutuan terdahulu dan kerajaan negeri dalam membincangkan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) kini tidak lagi berfungsi. - Bernama

No comments

Loading...