Mayat lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai menjadi mangsa bunuh itu ditemui di sungai itu selepas suspek dua lelaki warga Pakistan dan seorang lelaki warga Myanmar yang ditahan membawa polis ke lokasi mayat peniaga itu dibuang.

Loading...
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, mangsa dilaporkan hilang selepas keluar dari bilik sewanya di Lorong Sentul Kecil di sini pada pukul 1.30 tengah hari, Sabtu lepas.
“Kehilangan mangsa hanya disedari adiknya setelah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki warga Pakistan pada Ahad lalu yang menyatakan abangnya berada bersama mereka dan meminta supaya menyerahkan wang sebanyak RM100,000, “ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, adiknya yang menerima ugutan supaya tidak melaporkan perkara itu kepada polis hanya membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa keesokannya selepas abangnya masih tidak pulang ke rumah. - Bernama