Header Ads

[Video] Carutan Bung Moktar jadi muzik, ditonton lebih 500,000 kali di Facebook


Penerbit muzik Brian Doroz menjadikan carutan wakil rakyat Kinabatangan di Dewan Rakyat Selasa lalu sebagai muzik remix.

Menggunakan petikan dialog Datuk Bung Moktar Radin, rakaman seminit empat saat berjudul Bung Mokhtar ― F*** You (Whackboi Trap RMX) tular di Facebook, lapor Malay Mail.

Loading...


Semakan mendapati rakaman yang dimuat naik pemuda asal Kota Kinabalu pada 8 Ogos lalu, ditonton lebih 500,000 kali dan disukai 5,000 kali.

Rakaman tersebut juga dikongsi lebih 14,000 pengguna media sosial itu.
Terkenal dengan ucapan kontroversi di Parlimen, Bung Moktar mencarut apabila diprovokasi ahli parlimen Puncak Borneo dari PKR.



Ungkapan itu terhambur apabila Willie Mongin mengusiknya dengan isu kasino, yang sebelum ini dikaitkan dengan Bung Moktar.

Suami pelakon Zizie Ezette menyebut demikian ketika berbahas usul memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan.

No comments

Loading...